suria

F1: Vettel Raih Kejuaraan di GP Korea

Pemandu pasukan Red Bull driver Sebastian Vettel dari German meraikan kemenangannya selepas memenangi Formula One GP Korea di Yeongam pada Ahad
Pemandu pasukan Red Bull driver Sebastian Vettel dari German meraikan kemenangannya selepas memenangi Formula One GP Korea di Yeongam pada Ahad
Pemandu pasukan Red Bull driver Sebastian Vettel dari German meraikan kemenangannya selepas memenangi Formula One GP Korea di Yeongam pada Ahad

YEONGAM, Korea Selatan: Sebastian Vettel bakal meraih mengekalkan mahkota kejuaraan yang disandangnya buat kali keempat selepas dia memenangi Formula One GP Korea pada Ahad.

Pemandu Jerman berusia 26 tahun itu bakal mengekalkan kejuaraannya di GP Jepun minggu depan sekiranya beliau sekali lagi menjadi juara pada kejohanan tersebut sekaligus mengetepikan saingan terdekatnya Fernando Alonso daripada pasukan Ferrari.

Beliau mencatatkan masa terpantas dengan 4.224 saat dihadapan Kimi Raikkonen daripada pasukan Lotus, yang turut menewaskan rakan sepasukannya Romain Grosjean untuk meraih tempat kedua.

Pemandu Sauber, Nico Hulkenberg dan pemadu pasukan Mercedes Lewis Hamilton, yang bermula di barisan kedua, masing-masing meraih tempat keempat dan kelima.

Kemenangan kali ketiga ini, membolehkan Vettel mengumpul 272 mata, 77 mata dihadapan pencabar terdekatnya Alonso, yang meraih tempat keenam di Yeongnam.

"Saya sangat suka dengan apa yang saya lakukan.

"Saya cuba untuk tidak berfikir untuk bersikap jujur," kata Vettel pada sidang media yang turut dihadiri oleh Raikkonen dan Grosjean.

"Kami masih memiliki banyak mata dan dan ia sangat bagus untuk kami.

"Memang ada peluang untuk Fernando (Alonso) jadi kita perlu terus mendahului dihadapan.

"Jujurnya, sapa yang saya cakap, kami selesa dengan apa yang kami perolehi pada hari ini. Kami sangat selesa bekerjasama dengan rakan sepasukan dan semuanya nampak sempurna," katanya.

Artikel Lain