Penyokong Beri Tonik Tambahan Untuk Kontinjen Sukan Sea Myanmar - Sukan | mStar

Penyokong Beri Tonik Tambahan Untuk Kontinjen Sukan Sea Myanmar

KUALA LUMPUR: Kontinjen negara bakal menerima 'tonik tambahan' semasa Sukan SEA di Myanmar apabila sekumpulan penyokong fanatik tempatan akan berada di negara berkenaan, sepanjang temasya itu berlangsung dari 14 hingga 22 Disember.

Pengerusi Kelab Penyokong Sukan Malaysia (Famemas), Lee Hui Seng berkata kempen menyokong kontinjen negara itu adalah kali keenam dilakukan kumpulan berkenaan, kepada atlet kebangsaan pada temasya dwitahunan itu.

"Kumpulan penyokong kami cenderung menyertai pelbagai temasya sukan kerana ia memberi peluang kepada kami memberi sokongan kepada pelbagai jenis sukan yang disertai atlet negara. "Kami juga ingin menjemput peminat sukan tanah air menyertai kami untuk berkhidmat kepada negara dengan memberikan sokongan kepada wira-wira sukan kita di Myanmar," katanya dalam pada Khamis.

Sebelum ini, kelab penyokong itu pernah memberi sokongan semasa Sukan SEA di Vietnam (2003); Filipina (2005); Thailand (2007); Laos (2009) dan Indonesia pada 2011.

Selain itu, Lee berkata kumpulan itu juga pernah memberi sokongan kepada atlet negara semasa Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selatan; Sukan Asia di Doha, Qatar (2006) dan Sukan Asia di Guangzhou, China (2010).

Beliau berkata antara sukan yang akan mendapat sokongan padu Famemas ialah olahraga, sepak takraw, renang, terjun dan bola sepak.

Lee berharap atlet negara akan menampilkan prestasi terbaik pada Sukan SEA Myanmar kerana kumpulan itu akan sentiasa berada di belakang untuk memberi sokongan kepada mereka.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain