suria

Marotte, Lechner Menang Jersi Kuning LIMBC 2013

Pemenang jersi kuning bagi kategori Terbuka Lelaki, Maxime Marotte (tengah) dari Prancis diapit pemenang tempat kedua, Nicola Rohrbach (kanan) dari Switzerland dan pemenang tempat ketiga, Emil Lindgren (kiri) dari Sweden dalam acara ujian masa individu dengan kayuhan sejauh 2.4 kilometer pada Kejohanan Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) edisi keempat di Langkawi, Isnin. Foto BERNAMA

LANGKAWI: Pelumba Eropah, Maxime Marotte dan Eva Lechner masing-masing menjuarai kategori terbuka lelaki dan wanita dalam acara prolog ujian masa individu pada Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2013 di sini Isnin.

Kedua-dua pelumba tersebut menyarung jersi kuning selepas mencatatkan masa terpantas dalam perlumbaan sejauh 2.4km itu di Dataran Helang di sini.

Marotte, yang mewakili pasukan BH Brsuntour KMC, dari Perancis merekodkan masa lima minit 2.868s manakala pelumba pasukan Colnago Sudtirol, Lechner, dari Itali pula mencatatkan masa 5:36.889s.

Marotte, 27, berkata beliau tidak menyangka untuk menjuarai acara itu memandangkan beliau tidak sihat sejak Ahad.

"Saya terkejut apabila melintasi garisan penamat mereka memberitahu saya memenangi tempat pertama. Ini adalah penampilan pertama dalam LIMBC dan bertuah mencatatkan masa terbaik," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kemenangan itu akan mendorong beliau untuk melakukan yang terbaik dalam lima lagi peringkat perlumbaan.

Pelumba pasukan Goldwrust-Power Team, Nicola Rohrbach, dari Switzerland menduduki tempat kedua (5:04.293s) manakala pelumba Sweden, Emil Lindgren daripada Giant Pro XT Team di tempat ketiga dengan catatan masa 5:6.304s.

Hanya seorang pelumba tempatan berada dalam kelompok 10 terbaik.

Pelumba wanita, Masziyaton Mohd Radzi daripada pasukan Kedah SBS Giant Team menduduki tempat kesembilan dengan catatan masa 6:20.614s.

Sebanyak empat kategori utama dipertaruhkan pada edisi kayuhan kali ini iaitu kategori terbuka lelaki dan wanita serta masters dan senior masters.

Perlumbaan peringkat pertama LIMBC 2013 pada Selasa bermula dengan kategori Mengelilingi Pulau Langkawi sejauh 65km di Taman Lagenda di sini. - BERNAMA

Artikel Lain