suria

Malaysia Muncul Juara Sukan Pelajar Asean Australia 2013

MELBOURNE: Malaysia muncul juara keseluruhan temasya Sukan Pelajar Asean Australia 2013 dengan mengumpul 14 pingat emas, 14 perak dan 14 gangsa di Pusat Sukan dan Akuatik Melbourne di sini Ahad.

Dalam temasya tiga hari itu, Singapura menduduki tangga kedua diikuti Thailand.

Temasya sukan dengan slogan 'Orang, Semangat, Prestasi', dianjurkan oleh Majlis Pelajar Malaysia-Australia cawangan Victoria dan disertai atlet daripada tujuh negara Asia Tenggara dalam 10 jenis sukan.

"Saya gembira kerana kita dapat menyediakan kemudahan yang lebih baik serta hadiah wang tunai kepada peserta tahun ini.

"Saya harap temasya sukan ini akan terus berkembang dengan lebih ramai atlet mengambil bahagian," kata Elaine Koay, penasihat dan pengarah projek temasya itu pada dua edisi lepas. - BERNAMA

Artikel Lain