suria

England Atasi Korea Selatan 4-3

JOHOR BAHARU: England mencapai kemenangan pertama pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor apabila mengejutkan Korea Selatan 4-3 pada perlawanan terakhir pusingan awal di Stadium Hoki Taman Daya, di sini, Sabtu.

Kedua-dua pasukan bagaimanapun akan bertemu sekali lagi esok di dalam perlawanan klasifikasi tempat kelima dan keenam. Bagaimanapun, Korea Selatan mendahului 3-0 pada babak pertama menerusi jaringan seawal minit kedua oleh Seo In Woo diikuti You Seung Yeob (18') dan You Min Young pada minit ke-25.

Kebangkitan England pada babak kedua bermula apabila Ross Gilham berjaya menjaringkan gol padang pada minit ke-47, disusuli oleh Luke Taylor menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-52.

Kedudukan menjadi 3-3 berikutan jaringan oleh Andrew Sharp, sebelum Arjan Singh Chana menjaringkan gol kemenangan untuk England seminit sebelum perlawanan tamat.

Esok juga, Pakistan akan bertemu Argentina bagi perlawanan klasifikasi ketiga dan keempat manakala Malaysia dan India pula beraksi pada final pada pukul 8 malam esok. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain