suria

Piala Liga: Suarez Sedia Beraksi Di Old Trafford

Luis Suarez. Foto AFP
Luis Suarez. Foto AFP
Luis Suarez. Foto AFP

MENJELANG pertemuan dengan Manchester United pada aksi Piala Liga awal pagi Khamis, pengurus Liverpool, Brendan Rodgers sedia menurunkan penyerang sensasinya, Luis Suarez.

Rodgers percaya Suarez telah belajar daripada kesilapannya sendiri selepas digantung 10 perlawanan gara-gara menggigit pemain pertahanan Chelsea Branislav Ivanovic dan tidak risau mengenai sikap baran pemain kelahiran Uruguay itu.

The Reds sentiasa bersama Suarez memberi sokongan dari segi psikologi sepanjang tempoh penggantungannya itu.

Biarpun sedar Suarez bakal menjadi sasaran ketika berkunjung ke Old Trafford nanti, Rodgers yakin pemain itu akan lulus ujian tersebut.

Bagaimanapun Rodgers mahu Suarez menunjukkan sikap yang baik dan konsisten sepanjang permainan bagi memberi persepsi yang positif kepada orang awam.

"Setiap masa kami melihat pembelajaran dan kematangan. Dia seorang yang positif dan cepat belajar. Suarez adalah seorang yang mempunyai karektor dalaman kuat yang pernah saya temui.

"Saya tidak fikir dia akan terus menjadi sasaran lebih daripada sebelum ini. Luis adalah jenis seorang pemain.

"Sudah tentu dia akan cuba memberi tekanan atau cabaran kepada lawan. Ia adalah sebahagian daripada permainan dan kamu perlu ada perkara itu.

"Saya juga yakin jika Luis tahu dia akan beraksi, pastinya itu akan memberi semangat dan bersedia. Ini adalah perlawanan yang baik untuk dia memulakan permainan," jelas Rodgers.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aik Mong Letak Jawatan Pengarah TMG

Artikel Lain