suria

Tewas Empat Perlawanan, Pengurus Sunderland Dipecat

Paolo Di Canio
Paolo Di Canio
Paolo Di Canio

PAOLO Di Canio dipecat sebagai pengurus Sunderland awal pagi Isnin selepas tewas 3-0 kepada West Brom Sabtu lalu.

Di Canio dari Itali menjadi pengurus pertama yang dipecat musim baru ini selepas lima perlawanan, dengan manyaksikan kelab Black Cats ini hanya mengutip satu mata seri sekaligus meletakkan mereka di kedudukan paling bawah senarai pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemecatan Di Canio,45, telah disahkan oleh kelab: "Sunderland AFC mengesahkan telah memecat ketua jurulatih Paolo Di Canio pagi ini".

Bekas kapten Sunderland, Kevin Ball yang kini bertugas sebagai pegawai jurulatih akan mengambil alih tanggungjawab ini berdasarkan perjanjian asas jangka pendek.

"Kevin Ball akan mengambil alih tugas memimpin pasukan menjelang perlawanan Piala Liga bertemu Peterborough United Selasa ini," jelas kenyaataan kelab.

Di Canio tiba di Wearside pada Mac lalu selepas pemilik kelab, Ellis Short mengambil risiko melantik bekas pengurus Swindon itu dan memecat Martin O'Neill.

Namun dalam tempoh lebih kurang enam bulan berada di situ, Di Canio gagal memberi sebarang perubahan positif kepada pasukan.

Tewas 0-1 kepada Fulham pada aksi pertama, diikuti seri 1-1 ke atas Southampton, tewas 3-1 ke atas Crystal Palace, juga tewas 3-1 kepada Arsenal.

Sunderland, PAOLO Di Canio

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain