suria

Terbuka Jepun: Chong Wei Tepati Ramalan, Mara Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hanya melakukan aksi 'memanaskan badan' untuk menempah tiket ke suku akhir Kejohanan Terbuka Jepun.

Pada saingan pusingan kedua di Tokyo Metropolitan Gymnasium hari ini, pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia itu hanya mengambil masa 35 minit untuk menumpaskan Anand Pawar dari India 21-12 dan 21-16.

Chong Wei, 31, yang juga pemain pilihan utama kejohanan dijadualkan menentang Jun Takemura dari Jepun pada saingan suku akhir esok.

Bagaimanapun beregu wanita negara Ng Hui Lin dan Ng Hui Ern gagal meneruskan saingan ke peringkat suku akhir selepas mudah ditewaskan oleh Misaki Matsutomo dan Ayaka Takahashi dari Jepun, 13-21 dan 15-21.

Turut gagal ke saingan seterusnya beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying selepas gandingan itu mudah diketepikan Cheng Liu dan Yixin Bao dari China 8-21 dan 16-21.

Persatuan Badminton Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara beregu lelaki serta perseorangan dan beregu wanita pada kejohanan itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain