suria

Rooney Beri Bayangan Kekal Di Old Trafford

Rooney gembira bersama United.
Rooney gembira bersama United.
Rooney gembira bersama United.

WAYNE Rooney memberi bayangan akan bersama Manchester United dan gembira berada di Old Trafford.

"Saya gembira dengan posisi sekarang, serta berpeluang untuk menjaringkan gol. Dan ia mungkin akan berterusan," jelasnya di laman web rasminya www.officialwaynerooney.com.

Tambahnya:"Satu penghargaan buat saya juga kerana berjaya mencatat gol ke-200 bersama United. Apabila kamu melihat senarai penjaring tertinggi, saya turut berada dalam senarai empat pemain lagenda selepas Sir Bobby Charlton, Denis Law dan Jack Rowley.

"Ia sesuatu yang saya sangat banggakan".

Rooney membantu menjaringkan dua gol ketika menewaskan Bayer Leverkusen 4-2 pada aksi Liga Juara-Juara (CL) pada Rabu sekaligus mencatat rekod jaringan ke-200 bersama kelab kendalian David Moyes ini.

"Fokus utama saya sekarang adalah untuk bersiap sedia sebaik mungkin menjelang perlawanan bertemu Mancester City minggu ini.

"Kami semua tahu City adalah sebuah pasukan yang kuat, ditambah pula dengan pemain-pemain baharu musim ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain