suria

Piala Malaysia: Dollah Mahu Corak Permainan Dikekalkan

KUANTAN: Pengendali skuad Pahang Dollah Salleh mahu momentum yang ditunjukkan pemainnya dalam perlawanan Piala Malaysia malam tadi dikekalkan bagi mengharungi satu lagi cabaran peringkat kumpulan C untuk layak ke pusingan seterusnya.

Beliau berkata memang tidak dinafikan pemain Pahang memberi tumpuan sepenuhnya untuk melakar kemenangan dengan Negeri Sembilan bagi mengelak terkeluar daripada persaingan sekiranya seri atau kalah.

"Bagaimanapun kami ada satu lagi perlawanan dan memang agak sukar (bertemu Kelantan di gelanggang lawan) tapi saya percaya kami dapat melakukan sesuatu kalau kami dapat kekalkan rentak permainan," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan menentang Negeri Sembilan di sini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Negeri Sembilan Ridzuan Abu Shah akur dengan kesilapan sendiri yang menjadi punca kekalahan 0-3 kepada Pahang.

Sambil mengakui permainan yang ditunjukkan pasukannya kurang memberangsangkan, beliau berkata peluang untuk mereka ke pusingan seterusnya belum tertutup.

Pahang yang mendahului carta Kumpulan C, berkongsi lapan mata dengan Kelantan diikuti Negeri Sembilan (tujuh mata) dan Terengganu (empat mata).-BERNAMA

Dollah Salleh, Pahang, Piala Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain