suria

Rozaimi Akui Banyak Perkara Perlu Diperbaiki

Rozaimi menjaringkan tiga gol daripada empat perlawanan Pestabola Merdeka baru-baru ini.
Rozaimi menjaringkan tiga gol daripada empat perlawanan Pestabola Merdeka baru-baru ini.
Rozaimi menjaringkan tiga gol daripada empat perlawanan Pestabola Merdeka baru-baru ini.

PENJARING terbanyak kejohanan Pestabola Merdeka 2013, Rozaimi Abdul Rahman mengakui masih banyak perkara yang perlu diperbaiki sekiranya ingin terpilih dalam skuad Malaysia ke Sukan Sea di Myanmar hujung tahun ini.

Pemain kelahiran Sabah ini membantu skuad Harimau Muda A meraih gol pertama pada final bertemu Myanmar sebelum rakan sepasukan Junior Eldstal menambah jaringan pada minit akhir perlawanan.

Sedikit kecewa selepas diturunkan tiga minit terakhir ketika perlawanan pertama, Rozaimi menjadikan ia sebagai cabaran untuk membuktikan dia masih berbisa.

"Saya menggunakan peluang yang diberikan jurulatih (Ong Kim Swee) sebaik mungkin dengan bantuan rakan-rakan sepasukan.

"Bagaimanapun saya masih belum berpuas hati kerana banyak lagi aspek yang perlu diperbaiki.

"Menjaringkan gol kemenangan bukan bermakna saya terus terpilih ke skuad Sukan Sea kerana jurulatih menilai melalui prestasi semasa.

"Saya perlu bekerja lebih kuat dan menggunakan peluang yang ada dengan baik untuk bersaing ke barisan utama pasukan," jelas pemain berusia 21 tahun ini.

Mengimbas kembali kariernya, Rozaimi bermula dengan pasukan remaja Piala Presiden Sabah pada tahun 2010-12.

Dalam pada itu, dia dipancing pasukan Sarawak pada tahun 2010 seterusnya bersama Sabah setahun kemudian.

Tahun lalu namanya menjadi sebutan selepas mempamaerkan aksi memberangsangkan bersama pasukan Selangor secara pinjaman selama tiga bulan.

Tahun lalu dia dipinjamkan dari Sabah menyarung jersi Malaysia untuk bersama skuad Harimau Muda A sehingga kini.

Selain skuad Harimau Muda A, Rozaimi juga bermain untuk skuad senior, Harimau Malaya buat kali pertama ketika menentang Sri Lanka tahun lalu.

Pada aksi Kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun, Rozaimi mencatat rekod tersendiri dengan menjaringkan 10 gol dalam lima penampilan.

"Selepas ini pasukan Harimau Muda akan beraksi di Bandung pada Piala Menpora.

"Saya harap mampu mempamerkan corak permainan yang lebih baik daripada sekarang," katanya yang bermain di posisi tengah dan penyerang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain