suria

Malaysia Sertai Kejohanan Perahu Layar Dunia Di China

LANGKAWI: Pelayar elit Khairul Nizam Mohd Efendy akan mengetuai cabaran skuad pelayaran negara pada Kejohanan Perahu Layar Dunia di China selama seminggu mulai 12 Oktober ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Efendy Abdullah berkata dua orang adik Khairul Nizam, Khairunisa dan Khairuneta Mohd Efendy turut disenaraikan ke kejohanan itu.

"Penyertaan Malaysia dalam kejohanan itu sebagai persiapan pasukan negara menghadapi Sukan SEA di Myanmar pada Disember," katanya pada Rabu.

Katanya pelayar lain yang turut dipilih ialah Nuramirah Abd Hamid, Norashikin Mohd Sayed, Ku Anas Ku Zambil dan Hafizudin Mazelan.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain