suria

Seri Dengan Swansea, Liverpool Rampas Takhta Liga

Shelvey meraikan jaringannya.
Shelvey meraikan jaringannya.
Shelvey meraikan jaringannya.

SWANSEA, Wales: Liverpool kembali merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris walaupun sekadar seri 2-2 dengan Swansea awal pagi Selasa.

The Reds telah mencatat tiga kemenangan sebelum ini dan hasrat mencipta kemenangan keempat terbantut selepas jaringan penyamaan Michu menafikan kelebihan 2-1 hasil jaringan Daniel Sturridge dan Victor Moses.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu di depan menerusi jaringan bekas pemain tengah Liverpool, Jonjo Shelvey seawal minit kedua.

Liverpool kini mengumpul 10 mata, satu mata melebihi Arsenal dan Tottenham.

Senarai Pemain:

SWANSEA: Vorm, Rangel, Chico Flores, Williams, Davies, Britton, Shelvey, Michu, Dyer, Routledge, Bony. (Pemain gantian: Tremmel, Jordi Amat, Tiendalli, de Guzman, Canas, Pozuelo, Vazquez.)

LIVERPOOL: Mignolet, Wisdom, Skrtel, Sakho, Enrique, Lucas, Gerrard, Henderson, Coutinho, Moses, Sturridge. (Pemain gantian: Jones, Toure, Alberto, Aspas, Sterling, Ibe, Kelly.)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain