suria

Perak & Selangor Muncul Juara Divisyen 1 Dan 2 Piala Tun Razak

KUANTAN: Perak muncul juara Divisyen 1 Kejohanan Hoki Piala Tun Razak ke-51 selepas menumpaskan Kuala Lumpur 3-0 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Indera Mahkota di sini Ahad.

Perak mendahului 1-0 pada separuh masa menerusi jaringan padang oleh Muhammad Najib Abu Hassan pada minit ke-12.

Dalam babak kedua, kedua-dua pasukan menampilkan persembahan sama hebat sebelum Perak melancarkan serangan kilat dalam 10 minit terakhir.

Usaha Perak itu membuahkan hasil apabila menambah dua jaringan menerusi Hafifi Hafiz Hanafi pada minit ke-55 dan Mohammed Noor Khairul Azrain pada minit ke-65.

Sementara itu, Selangor merangkul gelaran Divisyen 2 apabila mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-1.

Selangor mula mendahului seawal minit ke-10 hasil jaringan padang Faridzul Afiq Mohd sebelum ledakan gol kedua muncul pada minit ke-34 melalui jaringan padang Muhammad Amerrullah.

ATM yang tersentak dengan jaringan itu cuba bangkit dengan merapatkan jurang pada minit ke-46 melalui pukulan sudut penalti oleh Tuan Abdul Walid Tuan Aziz sebelum Selangor melengkapkan gol penyudah minit ke-60 hasil jaringan padang ketua pasukan, Muhammad Noor Faeez.

Dalam penentuan kedudukan tempat ketiga Divisyen 1, Melaka menewaskan Negeri Sembilan 4-1. Berikut adalah kedudukan Divisyen 1 dan 2.

Divisyen 1:

Johan: Perak

Najib Johan: Kuala Lumpur

Ketiga: Melaka

Keempat: Negeri Sembilan

Anugerah Fairplay: Pulau Pinang

Pemain Terbaik: Mohd Shukri Abdul Mutalib (Selangor)

Penjaga Gol Terbaik: Khairul Nizam (Negeri Sembilan)

Pemain Terbaik Perlawanan Akhir: Hafifi Hafiz Hanafi (Perak)

Divisyen 2

Johan: Selangor

Najib Johan: ATM

Ketiga: PDRM

Keempat: Perlis

Anugerah Fairplay: ATM

Pemain Terbaik: Kevinder Singh (PDRM)

Penjaga Gol Terbaik: Adriel Andy (Sabah)

Penjaring Gol Terbanyak: Mohd Noor Faiz - 10 gol (Selangor)

Peman Terbaik Perlawanan Akhir: Saiful Azhar Mohd Affandi (Selangor)

-BERNAMA

Artikel Lain