suria

MSN Yakin Skuad Harimau Muda A Mampu Pertahan Pingat Emas Sukan Sea

SHAH ALAM: Majlis Sukan Negara (MSN) yakin skuad Harimau Muda A mampu mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zolkples Embong berkata keyakinan itu berdasarkan kejayaan skuad itu menjuarai Pestabola Merdeka ke-41 selepas mengalahkan Myanmar 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, pada Sabtu. "Kejuaraan itu ternyata menggembirakan seluruh rakyat Malaysia dan hadiah sempena sambutan Hari Malaysia ke-50 esok," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pada Karnival Sepak Takraw Kebangsaan UiTM di sini, Ahad.

Beliau berkata skuad kendalian Ong Kim Swee kini berada di landasan terbaik dan setiap pemain mempunyai kekuatan masing-masing untuk menggalas cabaran negara di Sukan SEA Myanmar. -BERNAMA

Artikel Lain