suria

Pestabola Merdeka: Kami Sedia Bangkit - Myanmar

Ketua pasukan Harimau Muda A Mohd Irfan Fazail (kanan) bersama ketua pasukan Myammar Kyaw Zayar Win memegang Piala Pesta Bola Merdeka ke-41 yang menjadi rebutan apabila kedua-dua pasukan akan bertemu pada perlawanan akhir malam Sabtu di sini, Jumaat. Foto BERNAMA

KUANTAN: Pengurus pasukan Myanmar, Tin Myint Aung mengakui perlawanan akhir Pestabola Merdeka bertemu Malaysia pada Sabtu ini merupakan satu aksi penting dalam persiapan ke Sukan Sea hujung tahun ini.

Sebagai tuan rumah sukan dwitahunan ini, Myanmar pastinya menjadikan kejohanan ini sebagai eksperimen bagi memantapkan pasukan dan dalam masa sama mahu meraih gelaran juara Pestabola Merdeka ini.

Tewas 1-2 kepada Malaysia pada aksi pusingan awal Isnin lalu, Myanmar pastinya mahu bangkit menebus kekecewaan tersebut pada final nanti.

"Pasukan sudah sedia untuk beraksi bertemu Malaysia dan kami akan cuba bermain sebaik mungkin.

"Pemain-pemain berada dalam keadaan baik, manakala kapten pasukan, Kyaw Zayar Win sudah sembuh daripada kecederaan tisu di buku lali.

"Perlawanan ini bukan sekadar untuk menjulang trofi kemenangan, tetapi ia merupakan persiapan kami untuk aksi Sukan Sea. Kami hanya ada 60 hari sebelum temasya tersebut.

"Saya akui ia juga penting buat pasukan Malaysia," jelasnya pada sidang media di sini, Jumaat.

Bagaimanapun Myint Aung mengakui skuad Bawah 23 Tahun Malaysia sebuah pasukan yang kuat.

"Barisan skuad kedua mereka (Malaysia) juga kuat ketika bertemu Thailand pada Rabu lalu. Ini membuktikan pasukan kedua tidak ada beza dengan barisan pemain utama.

"Saya harapkan pasukan saya dapat mempamerkan prestasi yang terbaik," ulasnya mengenai pasukan Harimau Muda.

Sementara itu, kapten pasukan, Zayar Win berkata, pasukannya akn cuba menang pada perlawanan final ini.

"Malaysia sebuah pasukan yang kuat, jadi kami kena menjaga semua pemain, bukan seorang sahaja.

"Saya akan cuba sebaik mungkin biarpun masih lagi menjalani pemulihan dan hanya berlatih sendirian. Namun akan lihat selebihnya pada sesi latihan nanti," katanya.

Myanmar mara ke final selepas mencatat kelebihan gol dengan Thailand. Pada aksi bertemu Malaysia baru-baru ini pasukan kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Park Sung Hwa tewas tipis walaupun berjaya memecah kebuntuan gol pada babak pertama permainan.

Dua gol kemenangan Malaysia pula dijaringkan oleh kapten pasukan, Mohd Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bach Dipilih Presiden Baru OIC

Artikel Lain