suria

Nafiizwan Mara Ke Suku Akhir Selepas Tewaskan Beng Hee,

KUALA LUMPUR: Pemain nombor dua negara Mohd Nafiizwan Adnan menebus kehampaan apabila mengejutkan pemain veteran negara Ong Beng Hee pada pusingan pertama acara lelaki pada Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2013 di sini, Khamis.

Mohd Hafiizwan, yang turun dengan tiket wildcard, mengambil masa 36 minit untuk mengecewakan Beng Hee dalam straight set 11-3,11-3 dan 11-9, sekali gus menempah tempat ke saingan suku akhir.

Pada edisi keempat Kejohanan Kebangsaan 2013 awal bulan ini, Beng Hee, 33, mempertahankan kejuaraan itu dengan mengalahkan Mohd Hafiizwan 11-7, 11-9, 8-11, 9-11 dan 11-6.

"Saya tidak menjangka untuk menang 3-0. Saya bertekad untuk memberi presembahan sebaik mungkin dan gembira semuanya berjalan lancar. Kemenangan ini menyuntik keyakinan kepada diri saya.

"Saya fikir ini adalah persembahan terbaik menentang Beng Hee selepas mengkaji semula persembahan saya pada Kejohanan Kebangsaan lepas," kata pemain berusia 27 tahun itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bach Dipilih Presiden Baru OIC

Artikel Lain