suria

Serena Pertahan Kejuaraan Terbuka AS

Serena memenangi trofi kelimanya pada kejohanan itu.
Serena memenangi trofi kelimanya pada kejohanan itu.
Serena memenangi trofi kelimanya pada kejohanan itu.

NEW YORK: Pemain tenis nombor satu dunia, Serena Williams berjaya mempertahankan trofi kejuaraan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) kelimanya apabila menewaskan Victoria Azarenka dari Belarus 7-5, 6-7(6), 6-1, pada aksi final, awal pagi Isnin.

Ia juga adalah kejuaraan Grand Slam ke-17 sepanjang karier Serena.

Pemain tuan rumah berusia 31 tahun itu bagaimanapun diheret ke permainan tiga set oleh pemain pilihan kedua itu.

"Victoria, awak beraksi dengan penuh menakjubkan. Permainan yang menarik. Dia juga lawan yang sukar," kata Serena pada majlis penyampaian trofi.

Serena membawa pulang wang tunai AS$3.6 juta termasuk AS$1 juta sebagai bonus. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain