suria

Pestabola Merdeka: Malaysia Perlu Menang Untuk Terus Ke Final

Pemain-pemain Harimau Muda A menjalani latihan persiapan menghadapi perlawanan kedua menentang Myammar sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka ke-41 di Stadium Darul Makmur di sini, Ahad. -foto S.S.KANESAN/The Star
Pemain-pemain Harimau Muda A menjalani latihan persiapan menghadapi perlawanan kedua menentang Myammar sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka ke-41 di Stadium Darul Makmur di sini, Ahad. -foto S.S.KANESAN/The Star
Pemain-pemain Harimau Muda A menjalani latihan persiapan menghadapi perlawanan kedua menentang Myammar sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka ke-41 di Stadium Darul Makmur di sini, Ahad. -foto S.S.KANESAN/The Star

GAMBANG: Selepas berjaya mengutip mata penuh pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka bertemu Singapura, skuad Harimau Muda masih mempunyai halangan untuk mara ke final kejohanan ini.

Aksi kedua yang bakal berlangsung pada Isnin bertemu dengan Myanmar merupakan percaturan penting skuad Ong Kim Swee ini bagi memastikan Harimau Muda layak secara automatik ke final sekiranya berjaya mencatat kemenangan.

"Semestinya kita mempunyai matlamat untuk dapatkan kemenangan sekaligus mara secara automatik ke perlawanan akhir.

"Dan esok (Isnin) adalah satu perlawanan yang cukup penting. Kita sedia maklum bahawa pasukan Myanmar mempunyai pemain-pemain yang cukup berkualiti.

"Seperti tahun lalu ketika aksi Kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun dan saya percaya mereka bertambah baik dengan keserasian lebih mantap," jelasnya kepada media selepas sesi latihan di Akademi Bola Sepak Negara, Ahad.

Pada aksi tahun lalu pasukan Harimau Muda tewas 1-2 dalam peringkat kumpulan.

Kim Swee berkata, paling penting perlawanan bertemu Myanmar ini ialah skuadnya perlu berada dalam percaturan yang lebih baik.

"Ia penting bukan kerana beraksi di sini, tetapi kemungkinan kita juga akan bertemu mereka pada Sukan Sea hujung tahun ini.

"Di sini kita perlu menganalisis kekuatan dan kelemahan mereka," katanya.

Sementara itu, mengenai barisan kemungkinan pemain yang bakal diturunkan nanti, Kim Swee berkata hanya sedikit sahaja perubahan dilakukan.

"Tiada banyak perubahan bertemu Myanmar, mungkin satu dua sahaja berubah, selebihnya senarai pemain seperti perlawanan pada Sabtu lalu.

"Mungkin pasukan Myanmar juga tidak banyak berubah dari segi senarai pemain.

"Paling mustahak kita perlukan sesuatu terutama di bahagian tengah mereka yang sangat laju, lebih-lebih lagi pemain no. 8 (Kyi Lin) dan no.10 (Kyaw Ko Ko).

"Namun kita tidak ada perhatian khas, tetapi sudah tentu kita akan ada strategi untuk memerangkap atau tidak membenarkan Myanmar bermain seperti bertemu Thailand semalam (Sabtu)," tambahnya.

Sebagai rekod, Myanmar mencatat seri 1-1 ketika menentang Thailand pada Sabtu.

Malaysia bakal turun menentang Myanmar pada pukul 8.45, Isnin malam di Stadium Darul Makmur.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain