suria

Singapura Galas Cabaran Pestabola Merdeka Tanpa Enam Pemain Tonggak

KUANTAN: Singapura menganggap Pestabola Merdeka di sini sebagai proses membentuk sebuah skuad mantap bagi menghadapi Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember ini, kata ketua jurulatih V. Sundramoorthy.

Biarpun kehilangan enam pemain tonggak akibat kecederaan, beliau percaya muka baharu dalam skuad itu akan menampilkan persembahan terbaik masing-masing pada perlawanan pembukaan menentang Malaysia di Stadium Darul Makmur di sini esok.

"Perlawanan menentang skuad Malaysia adalah sengit berikutan kehilangan enam pemain tetapi yakin pemain muda yang baharu dapat membuktikan pemilihan mereka," katanya di sini, Jumaat.

Bekas pemain antarabangsa berusia 47 tahun itu, yang membimbing skuad Lions XII merangkul kejuaraan Liga Super musim ini, menggantikan enam pemain utama itu dengan pemain pasukan Courts Young Lions yang beraksi dalam Liga Singapura. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Pemain Termahal Eropah Musim Ini

Artikel Lain