suria

Wawrinka Singkir Murray

Wawrinka meraikan kemenangannya di atas gelanggang.
Wawrinka meraikan kemenangannya di atas gelanggang.
Wawrinka meraikan kemenangannya di atas gelanggang.

NEW YORK: Kejutan terbesar kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) tercatat apabila juara bertahan, Andy Murray tewas kepada pemain pilihan kesembilan, Stanislas Wawrinka pada pertemuan suku akhir di Stadium Arthur Ashe, awal pagi Jumaat.

Wawrinka dari Switzerland menang tiga set 6-4, 6-3, 6-2 untuk menyingkirkan juara Wimbledon dan Olimpik itu.

Kemenangan itu membolehkan Wawrinka layak ke separuh akhir kejohanan tersebut,

Ia merupakan aksi separuh akhir pertamanya pada kejohanan Grand Slam.

Wawrinka dijangka bertemu pemain Russia, yang juga pilihan ke-21, Mikhail Youzhny atau pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic.

Pemain pilihan kedua dari Sepanyol, Rafael Nadal dan pemain pilihan kelapan dari Perancis, Richard Gasquet pula akan bertembung pada satu lagi perlawanan separuh akhir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Pemain Termahal Eropah Musim Ini

Artikel Lain