suria

Kejayaan United Dalam Liga Juara-Juara 1999 Jadi Inspirasi - Fellaini

Fellaini mahu julang trofi bersama United.
Fellaini mahu julang trofi bersama United.
Fellaini mahu julang trofi bersama United.

KEJAYAAN Manchester United ketika aksi Liga Juara-Juara pada tahun 1999 membuatkan Marouane Fellaini berazam akan berada di kelab ini satu hari nanti.

Dan, impian tersebut menjadi kenyataan apabila Fellaini secara rasminya menyarung jersi United minggu ini.

Mengimbas kembali ketika menyaksikan kejayaan United menang ke atas Bayern Munich, Fellaini berkata aksi Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer menjadi pujaan ketika skuad dibawah bimbingan Sir Alex Ferguson.

Selepas sedekad, akhirnya Fellaini mencapai impiannya itu dengan perpindahan bernilai £27.5 juta (RM 141.35 juta) dari Everton.

"Saya gembira dan sentiasa mengimpikan untuk berada di Old Trafford, tetapi saya bermain di Everton selama lima tahun.

"Ini adalah satu bab baru dalam hidup dan saya mahu memenangi trofi untuk Manchester United.

"Apa yang saya boleh katakan ialah, jika Manchester United datang kepada kamu bermakna mereka inginkan kamu.

"Jika kamu tidak layak memeakai jersi ini, mereka tidak akan datang kepada kamu.

"David Moyes (pengurus) yakin dengan saya. Dia tahu apa yang boleh saya lakukan dan sudah jelas dia mahukan saya berada di sini.

"Itu sahaja yang saya mahu dengar," jelas pemain berusia 31 tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Pemain Termahal Eropah Musim Ini

Artikel Lain