suria

PBJN Tolak Dakwaan Berkaitan Jawatankuasa Integriti

JOHOR BAHARU: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menolak dakwaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa persatuan itu belum lagi membentuk satu Jawatankuasa Integriti.

Sebaliknya, persatuan itu menegaskan bahawa mereka sudah mewujudkan jawatankuasa berkenaan pada 12 Jun 2012 sebelum FAM mewajibkan semula ahli gabungannya menubuhkan jawatankuasa itu baru-baru ini.

PBNJ dalam kenyataan pada Rabu berkata jawatankuasa tersebut ditubuhkan atas nama Jawatankuasa Penyiasat, Keselamatan dan Perubatan pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PBNJ Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Justeru itu, selaras dengan kehendak FAM, PBNJ akan menukarkan nama jawatankuasa yang diwujudkan sebelum ini kepada Jawatankuasa Integriti dengan kadar segera," kata kenyataan itu.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain