suria

Tenis Terbuka AS: Andy Murray Tewaskan Istomin Untuk Mara Ke Suku Akhir

JUARA BERTAHAN, Andy Murray dari Great Britain mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat awal pagi ini selepas menewaskan pemain Uzbekistan yang sedang mencipta nama, Denis Istomin.

Murray menang 6-7 (5-7) 6-1 6-4 6-4 untuk bertemu pilihan ke sembilan kejohanan, Stanislas Wawrinka.

Pemain berusia 26 yang berasal dari Scotland itu bermula dengan penuh kecuaian di set pertama sebelum bangkit di set kedua dan seterusnya untuk mara ke suku akhirnya yang ke-17 dalam siri jelajah Grand Slam.

Grand Slam adalah kejohanan yang melibatkan Terbuka Australia, Perancis, AS dan Wimbledon.

Wawrinka menewaskan pemain pilihan kelima, Tomas Berdych 3-6 6-1 7-6 (8-6) 6-2.

Artikel Lain