suria

Mesut Ozil Buat Keputusan Sertai Arsenal Selepas Menyedari Real Madrid Hilang Kepercayaan Ke Atasnya

PEMAIN baru Arsenal, Mesut Ozil berkata beliau membuat keputusan untuk menyertai kelab baru selepas mendapati yang hirarki Real Madrid tidak lagi mempercayai kemampuannya sebagai seorang pemain.

Ozil yang merupakan pemain antarabangsa Jerman dan disifatkan sebagai pemain terbaik di Real selepas Ronaldo telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Arsenal selepas dibeli pada harga tertinggi kelab itu, £42.5 juta di hari terakhir perpindahan.

Beberapa rakan Ozil di Real seperti Alvaro Arbeloa dan Sergio Ramos menganggap pemain itu sebagai seorang fenomena dan jika mereka mempunyai suara untuk membantah, mereka akan menghalang perpindahan tersebut.

Malah Ozil, 24, sendiri menyatakan rasa terkejutnya dengan keputusan pihak pengurusan Real untuk menjualnya kepada Arsenal.

"Sehingga hari Ahad saya masih berpendapat yang saya akan terus kekal di Real, tetapi menjelang Selasa saya sudah dapat merasakan yang saya tidak berada dalam senarai keutamaan bukan sahaja jurulatih tetapi juga pengurusan Real Madrid," tegasnya dalam satu temuramah dengan portal Persekutuan Bolasepak Jerman.

Kata Ozil, dia adalah seorang yang menuntut kepercayaan dan keyakinan majikan dan Arsenal telah memperlihatkan kepercayaan mereka kepadanya.

Mesut Ozil, Arsenal, Real Madrid

Artikel Lain