Man. United Bayar Everton £27.5 Juta Untuk Fellaini - Sukan | mStar

Man. United Bayar Everton £27.5 Juta Untuk Fellaini

Marouane Fellaini
Marouane Fellaini

SELEPAS ditolak lebih dari tiga kali, Manchester United berjaya juga mendapatkan tanda tangan Marouane Fellaini dari Everton dengan membayar £27.5 juta.

Akhbar Britian, The Daily Mail melaporkan yang David Moyes akhirnya berjaya mendapatkan pemain yang dikejarnya sepanjang musim panas ini selepas Fellaini sendiri membuat permohonan perpindahan secara rasmi kepada Everton pada Isnin.

Everton sememangnya berkeras untuk tidak menjual pemain tengah mereka itu tetapi indikasi yang Fellaini, 25, telah membulatkan keputusan untuk menyertai United muncul selepas pasukan kebangsaan Belgium memberikan kebenaran khas kepadanya untuk menangguhkan penyertaan di kem latihan kebangsaan bagi membolehkan isu ini diselesaikan sebeum tengah malam Isnin.

United memang terdesak untuk membawa masuk setidak-tidaknya seorang pemain ternama apabila mereka gagal membeli rakan sepasukan Fellaini iaitu bek kiri England, Leighton Baines dan pemain tengah Athletic Bilbao, Ander Herrera.

Sementara itu laporan yang menyebut bahawa United berjaya mendapatkan khidmat Fabio Coentrao dari Real Madrid secara pinjaman untuk sepanjang musim ini tidak menjadi kenyataan.

United jarang-jarang membawa masuk pemain secara pinjaman tetapi suasana terdesak pada hari terakhir perpindahan menyaksikan mereka tiada opsyen yang lebih baik melainkan mendapatkan khidmat pemain berusia 25 tahun berasal dari Portugal itu bagi mengisi posisi bek kiri.

Bagaimanapun kesibukan United memeteraikan perjanjian pembelian Fellaini telah menyebabkan mereka tidak dapat melengkapkan perpindahan Coentrao sehingga tamat tempoh pintu perpindahan.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain