suria

Kaka Tinggalkan Real Madrid Untuk Kembali Ke Kelab Asalnya AC Milan

Kaka
Kaka
Kaka

SEGALA-GALANYA telah berakhir buat pemain Brazil Kaka di Real Madrid apabila dia kembali ke kelab asalnya AC Milan.

Pemain berusia 31 tahun itu yang ketika menyertai Real pada Jun 2009 memegang status sebagai pemain terbaik dunia dan juga memecahkan rekod perpindahan dunia pada harga £56 juta kini telah kembali ke Milan tanpa sebarang yuran perpindahan.

Menurut portal berita bbc.co.uk, pemain terbaik dunia 2007 itu telah menandatangani kontrak dua tahun dengan bekas majikannya itu.

Walaupun, yang mengendalikannya di Real kini adalah bekas pengurusnya di Milan iaitu Carlo Ancelotti, tetapi Kaka menyedari hakikat pada usia 31 tahun dia bukan lagi menjadi pilihan automatik Ancelotti.

Menurut laporan portal berita itu lagi, perbincangan antara pemain berkenaan dengan Presiden Real, Florentino Perez dan Naib Presiden AC Milan, Adriano Galliani berakhir sehingga ke awal pagi Isnin.

Milan pula dalam kenyataan rasmi mereka menyebut: "Hasil daripada hubungan tradisional yang panjang antara Real Madrid dan Milan, maka kedua-dua kelab telah mencapai satu persetujuan untuk perpindahan Ricardo Kaka ke Milan semula.

Kaka memulakan kerjaya bolasepaknya bersama kelab Brazil, Sao Paolo pada tahun 2003.

Sepanjang enam musim bersama Milan, Kaka telah memenangi Liga Juara-Juara Eropah, satu kejuaraan liga, di samping menerima anugerah pemain terbaik dunia pada tahun 2007.

Malangnya, sepanjang kariernya bersama Real, pemain berbakat ini dirundung kecederaan yang berpanjangan yang menghadkan permainannya.

Bagaimanapun, Kaka telah mewakili Brazil sebanyak 87 kali dan menjaringkan 29 gol serta bermain dalam tiga Piala Dunia.

STATISTIK KAKA BERSAMA REAL MADRID:

Kelab Lama: AC Milan.

Harga Perpindahan Ke Real: £56 juta.

Permainan: 120 kali.

Kos Untuk Setiap Permainan: £466,666.

Gol: 29.

Kos Untuk Setiap Gol: £1,931,034.

Pingat: Juara La Liga (2011-12); Piala Copa del Rey (2010-11); Piala Super Sepanyol (2012).

Kaka, Real Madrid, AC Milan

Artikel Lain