suria

Skuad Penyu Tempah Peluang Ke Suku Akhir Piala Malaysia

KUALA TERENGGANU: Peluang Terengganu untuk ke suku akhir kembali terbuka setelah berjaya mencatatkan kemenangan sulung dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Pengendali pasukan itu E. Elavarasan berkata dengan kemenangan 2-1 ke atas Pahang malam tadi menyinarkan kembali peluang Terengganu untuk menempah tempat peringkat seterusnya.

"Walaupun, kita mencatat kemenangan pada minit terakhir tetapi ia merupakan tiga mata penuh yang cukup berharga pada skuad penyu untuk melangkah ke peringkat seterusnya. "Dengan kekalahan yang dihadapi Kelantan (kalah 2-3 kepada Negeri Sembilan), kemenangan ini membuka peluang kepada semua pasukan dalam merebut peluang suku akhir Piala Malaysia musim ini," katanya kepada pemberita.

Elavarasan berkata beliau berterima kasih kepada pemain yang tidak mudah menyerah kalah malah menunjukkan semangat juang tinggi menghidupkan semula peluang dalam saingan Piala Malaysia.

Pasukan Terengganu berada dalam Kumpulan C bersama-sama Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan kini mengutip empat mata setelah melalui empat perlawanan. -BERNAMA

Artikel Lain