suria

Kejohanan Piala Sultan Selangor Terima Tajaan RM1 Juta

KLANG: Kejohanan Piala Sultan Selangor 2013 menerima tajaan sebanyak RM400,000 dari syarikat MCT Consortium Bhd, untuk muncul selaku penaja utama kejohanan bola sepak di Stadium Shah Alam , 28 September ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima tajaan itu pada majlis minum petang bersama penaja yang diadakan di Istana Alam Shah, di sini.

Yang turut menyumbang tajaan ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebanyak RM200,000, Permodalan Negeri Selangor Berhad dan BHL Group of Companies yang masing-masing menyumbang sebanyak RM100,000.

Sumbangan RM50,000 masing-masing diterima daripada SP Setia Berhad, Splash Sdn Bhd., Taliworks Corporation Berhad dan Tanjung Balai Group.

Kejohanan antara pasukan pilihan Selangor dan Singapura itu akan berlangsung pada pukul 9 malam, didahului dengan perlawanan antara kumpulan veteran kedua-dua pasukan pada pukul 8 malam. -BERNAMA

Artikel Lain