suria

'Mumbai Masters', Chong Wei Tewas Kepada Awadhe Warriors

NEW DELHI: Mumbai Masters', yang menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai pemain ikon mereka, tewas kepada Awadhe Warriors dalam perlawanan separuh akhir Liga Badminton India yang pertama kali diadakan.

Dalam perlawanan sengit pada Khamis malam, Awadhe, yang diketuai pemain negara PV Sindhu mengalahkan Mumbai 3-2, untuk menempah tiket ke perlawanan akhir berdepan dengan Hyderabad Hotshots, yang mengambil pemain India Saina Nehwal sebagai pemain ikon mereka.

Perlawanan akhir akan diadakan di Mumbai pada pukul 8 malam ini waktu tempatan.

Kejohanan Vodafone IBL bernilai US$1 juta itu bermula pada 14 Ogos dengan penyertaan liga enam pasukan.

Hyderabad mendahului kedudukan dengan 17 mata, diikuti Awadhe 16, Pune Pistons 16, Mumbai 15, Krrish Delhi Smashers 13 dan Banga Beats 13 mata. -BERNAMA

Artikel Lain