suria

Tenis Terbuka AS: Murray Mara Ke Pusingan Kedua

Andy Murray
Andy Murray
Andy Murray

KEADAAN cuaca yang tidak menentu membuatkan beberapa jadual perlawanan Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat sekaligus memaksa giliran pemain Britain, Andy Murray beraksi awal pagi Khamis.

Walaupun agak kecewa dengan situasi itu, Murray berjaya mememangi perlawanan pertamanya ketika bertemu pemain di ranking ke-49 dunia dari Prancis, Michael Llodra, 6-2 6-4 6-3 dalam tempoh 98 minit.

"Corak permainan agak pantas. Dia bermain dengan agresif untuk mengutip mata dan saya rasakan ia satu perlawanan yang seimbang.

"Reaksinya ketika membuat pukulan menguji pergerakan saya. Bagaimanapun saya berpuas hati dengan permainan ini dan tidak banyak melakukan kesilapan.

"Satu perlawanan yang sempurna," jelas Murray yang menjadi pemain pilihan ketiga.

Murray bakal bertemu Leonardo Mayer pada aksi pusingan kedua nanti selepas pemain Argentina itu mengalahkan Victor Hanescu (Romania), 7-6 6-4 3-6 7-6.

Artikel Lain