suria

Suarez Kembali Ke Old Trafford Selepas Bebas Hukuman Gantung

Suarez (kanan) menggigit lengan Ivanovic ketika aksi Liga Perdana Inggeris musim lalu.
Suarez (kanan) menggigit lengan Ivanovic ketika aksi Liga Perdana Inggeris musim lalu.
Suarez (kanan) menggigit lengan Ivanovic ketika aksi Liga Perdana Inggeris musim lalu.

PENYERANG Liverpool, Luis Suarez dijangka bakal beraksi buat kali pertama musim ini bertemu pasukan Manchester United pada aksi Piala Liga pusingan ketiga, September ini.

Suarez yang digantung sepuluh perlawanan selepas melakukan aksi ganas dengan menggigit lengan pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic musim lalu dijangka bebas dari hukuman itu sekaligus layak beraksi bagi perlawanan di Old Trafford pada 24 atau 25 September ini.

Penyerang antarabangsa Uruguay itu sememangnya terkenal di United selepas menimbulkan isu perkauman terhadap pemain pertahanan Patrice Evra pada tahun 2011 dan turut menerima hukuman gantung lapan perlawanan.

Malah Suarez juga turut membuat 'drama' apabila menolak untuk berjabat tangan dengan Evra sebelum kedua-dua pasukan beraksi.

Sementara itu, undian pusingan ketiga ini turut menyaksikan seperti perlawanan ulangan Piala FA apabila Manchester City dijadual bertemu Wigan Athletic yang mengecewakan skuad itu pada aksi akhir di Wembley Mei lalu.

Artikel Lain