suria

Tenis Terbuka AS: Bekas Juara Sam Stosur Tewas Mengejut Ditangan Victoria Duval

Sam Stosur
Sam Stosur
Sam Stosur

BEKAS juara Sam Stosur menjadi pemain berprofil tinggi yang pertama kecundang pada kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat di tangan pemain remaja Amerika, Victoria Duval.

Stosur, yang diletakkan sebagai pilihan ke-11 dalam edisi 2013 adalah juara 2011.

Duval menewaskannya 5-7 6-4 6-4 di Gelanggang Louis Armstrong.

Sementara itu, pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dan juara lima kali, Roger Federer mara ke pusingan seterusnya.

Djokovic berjaya mara ke perlawanan akhir Terbuka Amerika Syarikat tiga tahun berturut-turut dan menjadi juara di sini pada 2011.

Novak menumpaskan Ricardas Berankis 6-1 6-2 6-2.

Pilihan ke-7, Roger Federer pula menewaskan Grega Zemlja dari Slovakia 6-3 6-2 7-5.

Federer, 32, juara Grand Slam 17 kali menyertai kejohanan kali ini dengan menduduki senarai pilihan paling rendah sejak 2002.

Bekas pemain nombor satu wanita, Caroline Wozniacki pula dan bekas juara Wimbledon 2011, Petra Kvitova juga berjaya mara ke pusingan kedua.

Petra Kvitova, pilihan ke-7 menewaskan pemain Jepun, bt Misaki Doi 6-2 3-6 6-1.

Caroline Wozniacki yang menjadi pilihan ke-6 pula menewaskan Ying-Ying Duan dari China 6-2 7-5.

Pilihan ke-2, Victoria Azarenka juga berjaya mara ke pusingan kedua dengan menumpaskan Dinah Pfizenmaier dari Jerman 6-0 6-0.

Pilihan ke-4, Sara Errani dari Itali menumpaskan Olivia Rogowska dari Austia juga 6-0 6-0.

Dalam pada itu, seorang lagi bekas pemain nombor satu dunia, Ana Ivanovic dari Serbia yang merupakan pilihan ke-13 berjaya menumpaskan Anna Tatishvili dari Geogia 6-2 6-0.

Pemain Amerika dengan ranking tertinggi, John Isner iaitu pilihan ke-13 juga turut mara ke pusingan seterusnya dengan menumpaskan Filippo Volandri 6-0 6-2 6-3.

Pilihan ke-5, Tomas Berdych menewaskan Paolo Lorenzi (Ita) 6-1 6-4 6-1 .

Artikel Lain