suria

PLBT Sasar Kedudukan Terbaik Pada Grandprix Sabtu Ini

KUALA TERENGGANU: Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) menyasarkan kedudukan terbaik pada kejohanan Grandprix di Raub bermula 31 Ogos hingga 1 September ini.

Ketua Jurulatih pasukan itu Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata setakat ini beberapa anak didiknya berada pada kedudukan terbaik carta.

Tiga pelumba berada di kedudukan teratas dalam kategori lebuh raya manakala dua lagi cemerlang dalam sesi ujian masa, katanya.

Beliau berkata kejohanan itu juga merupakan medan terbaik untuk pelumba pelapis menonjolkan bakat serta memperbaiki kedudukan sedia ada.

Syed Husaini berkata walaupun sesi latihan baru dua minggu berlangsung selepas cuti Hari Raya, beliau tetap optimis anak buahnya dapat mengekalkan rentak kayuhan yang bertenaga untuk mengekalkan kedudukan.-BERNAMA

Artikel Lain