suria

Marques Juara Moto GP Czech

Marc Marquez
Marc Marquez
Marc Marquez

BRNO: Penunggang Repsol Honda dari Sepanyol, Marc Marquez menjuarai MotoGP Grand Prix Czech pada Ahad iaitu kemenangan keempatnya musim ini.

Kemenangannya itu sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai pendahulu keseluruhan.

Pada perlumbaan hari ini, Marques meninggalkan rakan sepasukan Dani Pedrosa di tempat kedua dan penyandang juara dunia Jorge Lorenzo dari Yamaha yang juga dari Sepanyol.

Marquez menamatkan perlumbaan dalam masa 42 minit 50.729 saat iaitu 0.313 saat mendahului Pedrosa dan 2.277 saat di hadapan Lorenzo. AFP

Artikel Lain