suria

Tenis: Nadal Beri Tekanan Kepada Murray

Murray menjadi pilihan untuk menjuarai Terbuka Amerika Syarikat minggu depan.
Murray menjadi pilihan untuk menjuarai Terbuka Amerika Syarikat minggu depan.
Murray menjadi pilihan untuk menjuarai Terbuka Amerika Syarikat minggu depan.

JAGUH tenis Britain, Andy Murray bakal memulakan aksi Terbuka Amerika Syarikat dengan kedudukan sebagai pemain ketiga dunia minggu depan.

Juara Wimbledon ini hilang kedudukan sebagai pemain nombor dua dunia selepas pemain Sepanyol, Rafael Nadal menjuarai Terbuka Cincinnati minggu lepas sekaligus mengambil alih kedudukan tersebut.

Kedua-dua pemain ini berkemungkinan akan bertemu pada aksi separuh akhir di Flushing Meadows, sekaligus menyaksikan ujian sukar bagi Murray berdepan dengan Nadal yang sememangkan sinonim dengan 'hard court' sepanjang 2013.

Manakala Novak Djokovic masih mengungguli kedudukan no.1 dunia.

Sementara itu, Roger Federer terpaksa akur jatuh ke ranking ke-7, namun masih dilihat tetap berbahaya pada kejohanan terbuka ini, yang turut meraih lima kali trofi sebelum ini.

Federer kini gigih kenjalani latihan kecergasan selepas gagal mempamerkan prestasi baik sepanjang musim ini setelah tersingkir pada pusingan kedua Wimbledon, separuh akhir Terbuka Australia dan suku akhir Terbuka Perancis sebelum ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain