suria

Osvaldo Sah Milik Southampton

Pablo Daniel Osvaldo
Pablo Daniel Osvaldo
Pablo Daniel Osvaldo

SOUTHAMPTON berjaya mengikat penyerang Itali, Pablo Daniel Osvaldo dari kelab Roma dengan yuran perpindahan lebih kurang £15 juta (RM77 juta).

Dengan kontrak selama empat tahun, Osvalda menjadi pemain kedua bagi kelab ini yang diikat selepas membayar £12.5 juta kepada Celtic bagi mendapatkan Victor Wanyama (RM64.08 juta).

Osvalda mula menyertai Roma pada tahun 2011 di bawah bimbingan Mauricio Pochettino di Sepanyol telah mencatat sembilan kap bersama Itali.

Pada musim lalu, pemain kelahiran Argentina ini meledak 16 gol dalam aksi Serie A.

Memulakan kerjaya pemain bola sepak profesional bersama Huracan sebelum menyertai Atalanta pada tahun 2006.

Artikel Sebelum

Artikel Lain