suria

La Liga: Barca Menang Bergaya Ke Atas Levante

Aksi Messi selepas menjaringkan sepakan penalti ketika bertemu Levante dalam aksi La Liga, Isnin.
Aksi Messi selepas menjaringkan sepakan penalti ketika bertemu Levante dalam aksi La Liga, Isnin.
Aksi Messi selepas menjaringkan sepakan penalti ketika bertemu Levante dalam aksi La Liga, Isnin.

PASUKAN Barcelona memulakan kempen La Liga musim baru ini dengan penuh bergaya selepas menewaskan Levante 7-0 pada aksi di Camp Nou awal pagi Isnin.

Selepas Alexis Sanchez membuka jaringan seawal minit ketiga permainan, Lionel Messi mencatat gol kedua sebelum Alves menyumbat gol ketiga (m-24).

Penyerang Sepanyol,Pedro turut menjaringkan gol keempat pada minit ke-26, manakala Messi sekali lagi menambah jaringan secara penalti pada minit ke-42.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Xabi Hernandez berjaya menambah jaringan kelima pasukan Catalan itu.

Sementara itu, Neymar yang baharu sahaja pulih daripada penyakit anemia memulakan aksi pada babak kedua.

Namun sedikit mengecewakan peminat-peminatnya kerana hanya dapat melihat Neymat bergandingan dengan Messi dalam tempoh tujuh minit sahaja sebelum Andres Iniesta mengambil alih posisi pemain Argentina itu.

Babak kedua juga menyaksikan Pedro sekali lagi mencatat jaringkan gol ketujuh pada minit ke-73 sekaligus mambantu pasukan meraih kemanngan besar pada aksi sulung ini.

Kemenangan bergaya anak buah Gerardo Martino ini merupakan keputusan besar bagi permulaan musim baru sejak tahun 1955 selepas Atletico Madrid menewaskan Hercules 9-0.

Barcelona, La Liga, Levante, Camp Nou

Artikel Lain