Perlawanan Tertangguh Dimainkan Semula Ikut Baki Masa Yang Tinggal - Afandi - Sukan | mStar

Perlawanan Tertangguh Dimainkan Semula Ikut Baki Masa Yang Tinggal - Afandi

PETALING JAYA: Perlawanan yang ditangguhkan ataupun dibatalkan kerana tidak dapat dielakkan seperti masalah cuaca atau bencana alam akan diadakan semula mengikut baki masa yang tinggal sahaja, menurut Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Afandi Hamzah berkata peraturan baharu itu dikeluarkan oleh AFC kepada semua anggota gabungannya menerusi surat baru-baru ini.

"Kita (FAM) diminta agar menguatkuasakan peraturan itu dengan serta merta," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, Khamis.

"Ini bermakna perlawanan yang ditunda kerana pelbagai alasan tidak akan diadakan semula sepenuh masa tetapi akan disambung mengikut baki masa yang tinggal dengan jaringan, jumlah kad penalti dan pemain sama dikekalkan," katanya.

Berdasarkan peraturan sebelum ini, mana-mana perlawanan tertangguh akan dimainkan semula dalam tempoh sepenuh masa iaitu 90 minit.

Afandi berkata peraturan baharu itu akan diguna pakai pada kempen Piala Malaysia 2013 yang akan membuka tirai Selasa ini. -BERNAMA

AFC , FAM , Datuk Afandi Hamzah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Permulaan Suram Pada IBL India

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain