suria

Olahraga Dunia: Isinbayeva Bukti Masih Menyengat

Isinbayeva melompat kegembiraan selepas mencatat lompatan tertinggi pada Kejohanan Olahraga Dunia di Stadium Luzhniki awal pagi Rabu.

KEJOHANAN Olahraga Dunia 2013 digegarkan dengan rekod terbaharu acara lompat bergalah apabila atlet wanita veteren dari Rusia, Yelena Isinbayeva, meraih pingat emas dengan penuh suasana emosi.

Isinbayeva,31, kembali menggegarkan dunia olahraga dan memberi amaran awal kepada atlet-atlet dunia yang lain bahawa kehadirannya perlu diberi perhatian walaupun tidak meraih sebarang gelaran sejak tahun 2008.

Isinbayeva mencatat 4.65 (lompatan pertama), 4.75:O 4.82 meter, 4.89:O, dan 5.07 meter pada percubaan kelima.

Manakala pingat perak diraih atlet dari Amerika Syarikat dengan mencatat 4.89m pada percubaan terakhir dan pingat gangsa dikalungkan kepada atlet dari Cuba, Yarisley Silva dengan catatkan terakhir (lompatan keempat) 4.82m.

Sementara itu, bagi acara trek lelaki, LaShawan Meritt dari Amerika Syarikat berjaya mendahului bagi acara 400 meter sekaligus mempertahankan gelaran dunia.

Artikel Lain