suria

Mukhriz Letak Sasaran Kedah Juarai Piala Malaysia

ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir meletak sasaran agar Kedah menjuarai semula kejohanan Piala Malaysia musim ini yang bermula minggu depan.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata walaupun berhadapan tugas sukar, tetapi beliau berazam untuk mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Kedah yang pernah memenangi tiga kejuaraan Liga Malaysia dalam dua musim berturut-turut iaitu pada 2006/2007 dan 2007/2008.

"Untuk itu pemain-pemain perlu menang perlawanan Piala Malaysia pertama mereka pada 20 Ogos ini menentang Singapura di tempat lawan. Para pemain Kedah mampu menang walaupun kita sedar keupayaan pasukan lawan itu," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Aidilfitri bersama pemain Kedah di sini pada Rabu malam.

Mukhriz berkata sekiranya Kedah menjuarai Piala Malaysia musim ini, pihaknya mungkin mempertimbangkan untuk membawa para pemain melawat kelab Liga Perdana Inggeris, Cardiff City yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia Tan Sri Vincent Tan.-BERNAMA

Artikel Lain