Ibrahimovic (kuning) dihalang dua pemain Norway ketika cuba menjaringkan gol pada aksi persahabatan awal pagi Khamis.PASUKAN Sweden menang bergaya 4-2 ke atas Norway pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di Friends Arena awal pagi Khamis.Tiga daripada empat jaringan skuad Sweden itu adalah hasil jaringan penyerang berbisa, Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-2,28 dan 57' manakala satu lagi dilakukan oleh Svensson pada minit ke-72. Gol-gol Norway pula dijaringkan oleh Abdellaoue melalui sepakan penalti pada minit ke-38, sebelum Johansen menjaringkan gol kedua.