suria

Enam Pelumba Muda Galas Cabaran PLBT Di Tour De Borneo Ahad Ini

KUALA TERENGGANU: Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) mempertaruhkan enam pelumba pelapis bagi menggalas cabaran pada kejohanan Tour De Borneo, Sabah selama lima hari bermula Ahad ini.

Mereka ialah Mohd Khairul Azizi Abdullah, Mohd Fahmi Irfan Zailani, Mohd Syairazi Fuad, Mohd Iskandar Fitri Mod Sabti, Asmuai Ali dan Mohd Nor Irfan Norin.

Ketua Jurulatih PLBT, Syed Mohd Husaini Syed Mazlan berkata walaupun pelumba yang diketengahkan itu masih muda berumur antara 15 hingga 18 tahun, namun mereka mempunyai bakat yang besar dan dapat melakukan yang terbaik sepanjang kejohanan itu.

Kejohanan itu merupakan latihan pemanas badan sebelum mereka menyertai beberapa kejohanan lebih besar termasuk di Indonesia pada pertengahan bulan September, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain