suria

Pelari Britain Juarai 400 Meter Wanita Kejohanan Atlet Dunia

Ohuruogu memegang bendera negaranya Britain selepas menjuarai acara 400 meter wanita pada Kejohanan Atlet Dunia. Foto AFP
Ohuruogu memegang bendera negaranya Britain selepas menjuarai acara 400 meter wanita pada Kejohanan Atlet Dunia. Foto AFP
Ohuruogu memegang bendera negaranya Britain selepas menjuarai acara 400 meter wanita pada Kejohanan Atlet Dunia. Foto AFP

MOSCOW: Pecutan tangkas pelari Britain, Christine Ohuruogu sehingga ke barisan penamat menjadikan beliau sebagai jaguh pelarih wanita dunia bagi acara 400 meter pada Kejohanan Atlet Dunia pada Isnin (waktu Moscow).

Warga Britain itu pernah memenangi kejohanan dunia itu pada 2007 dan memungut pingat perak pada Sukan Olimpik selepas emas di Beijing, mencatatkan rekod kebangsaan dengan 49.41 saat dalam perlumbaan satu pusingan.

Bagaimanapun, juara dunia Amantle Montsho dari Amantle dilihat berada pada kedudukan utama bagi menduduki podium teratas - sehingga pada lima meter yang terakhir.

Larian yang sedikit ke belakang, badan Montsho dikatakan pada kedudukan ke hadapan ketika lariannya sedikit perlahan.

Bagi warga Britain yang kurang pengalaman itu kemudiannya memecut bagi memperoleh kemenangan pada sesi foto penamat.

Pelari Rusia, Antonina Krivoshapka dikatakan mencatatkan tempat ketiga dengan 49.78 saat.

"Ia seperti mimpi, seakan tidak percaya," kata Ohuruogu.

"Saya tidak mempercayainya. Selepas perlumbaan, saya tidak mahu terlalu teruja sehingga saya begotu pasti yang saya telah menang, sehingga nama saya diumumkan sebagai yang pertama.

"Sesuatu yang aneh. Saya hanya berasa sangat gembira."

Montsho berkata, beliau "gembira dan sedih pada masa yang sama".

"Di negara saya, semuanya mengharapkan saya untuk memenangi pingat emas di sini, maka ia begitu mengecewakan," katanya.

"Tetapi saya masih lagi pemenang pingat."

"Saya tidak lihat Christine datang dari arah belakang. Saya tahu saya dapat mencapainya kerana bahagian dada saya sudah ke hadapan.

"Tetapi dia (Christine) tahu bagaimana untuk berlari dan merancang perlumbaan, dia begitu kuat penamat," katanya lagi. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain