Rajagopal Puji Aksi Harimau Malaya Walaupun Gagal Sekat Barcelona FC - Sukan | mStar

Rajagopal Puji Aksi Harimau Malaya Walaupun Gagal Sekat Barcelona FC

SHAH ALAM: Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal memuji corak permainan yang ditunjukkan anak didiknya walaupun skuad Harimau Malaysia kalah 3-1 kepada kelab sensasi Sepanyol, Barcelona FC di sini malam Sabtu.

Beliau berkata, skuad negara telah banyak belajar daripada kesilapan ketika kunjungan ke Jepun baru-baru ini untuk menampilkan prestasi yang lebih baik pada perlawanan persahabatan antarabangsa itu di Stadium Shah Alam.

"Peningkatan prestasi skuad dapat dilihat melalui jaringan tunggal Amri Yahyah padfa min it ke-40 selepas ketinggalan satu gol," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Tiga gol Barcelona FC dijaringkan menerusi pemain tengah Cesc Fabregas pada minit ke-34, Neymar (minit ke-42) dan Gerard Pique pada minit ke-74.

Pandangan Rajagobal turut dikongsi pengurus pasukan Datuk Seri Subahan Kamal walaupun berdepan dengan antara pasukan bola sepak terbaik dunia.

"Saya rasa semua orang telah melihat cara kita bermain...kita dapat menampilkan persembahan baik tanpa gentar pemain lawan bertaraf dunia," katanya.

Sementara itu, Amri nyata begitu teruja dan gembira dengan gol yang dijaringkannya untuk skuad Harimau Malaya.

"Alhamdulillah saya dapat menjaringkan satu gol untuk pasukan kebangsaan. Walaupun kalah, saya bangga dengan komitmen serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh rakan sepasukan pada perlawanan ini," kata perancang tengah pasukan Selangor itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain