suria

Rooney Sedia Serah Surat Rasmi Untuk Berpindah

Wayne Rooney
Wayne Rooney
Wayne Rooney

WAYNE Rooney akan menyerahkan permohonan rasmi untuk berpindah selepas tawaran Chelsea ditolak buat kali kedua oleh Manchester United pada Ahad malam.

Sportsmail melaporkan The Blues membuat tawaran baharu tertinggi sebanyak 25 juta pound (RM124 juta).

United sebelum ini menolak tawaran pertama tetap bos Chelsea, Jose Mourinho yang kini berada di Amerika Syarikat dalam mengharungi Piala Juara-Juara Antarabangsa dilihat begitu teruja untuk mendapatkan penyerang tersebut.

Proses tawaran tersebut sedang dikendalikan oleh setiausaha kelab, Dave Barnard yang kini berada di London.

Namun difahamkan mereka (Chelsea) tidak akan membuat tawaran sehingga 30 juta pound (RM 148.71 juta) untuk Rooney.

Rooney terus memasang niatnya untuk meninggalkan Old Trafford dan perkara itu telah diberitahu kepada pengurusnya, David Moyes.

Wayne Rooney, Manchester United

Artikel Lain