Mendiang Contoh Kepada Atlet-Atlet Muda - Zolkples - Sukan | mStar

Mendiang Contoh Kepada Atlet-Atlet Muda - Zolkples

Zolkples Embong
Zolkples Embong

KUALA LUMPUR: "Dia seorang atlet contoh kepada atlet-atlet muda,tidak pernah timbulkan masalah dan sentiasa berikan yang terbaik," luah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong ketika hadir menziarahi mendiang pemain hoki negara, Chua Boon Huat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Khamis.

Boon Huat,33, dianggap sebagai pemain veteren hoki negara meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan maut di di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran stesen LRT Kelana Jaya awal pagi Khamis.

"Sudah tentu ia satu kehilangan besar dalam dunia sukan tanah air, lebih-lebih buat masa sekarang skuad sedang menjalani latihan persiapan bagi mengharungi Piala Asia pertengahan Ogos ini.

"Mendiang seorang atlet contoh kepada atlet-atlet muda lain dan memegang rekod terbanyak di peringkat antarabangsa.

"Walaupun umurnya sudah 33 tahun, prestasinya masih kekal terbaik dan cergas," jelasnya kepada media.

Sementara itu, abang sulung kepada mendiang, Aliff Nur Najmi Chua redha dengan apa yang berlaku ke atas adik kesayangannya itu.

"Saya tidak tahu nak cakap apa. Dia sememangnya adik kesayangan saya, adik bongsu.

"Memang tidak diduga apa yang berlaku hari ini (Khamis) dan kali terakhir berjumpa denganya sebulan yang lalu ketika dia pulang ke Melaka.

"Namun ketika berborak di telefon tidak ada apa-apa perubahan atau perkara luar biasa," jelasnya dengan perasaan sebak.

Aliff berkata, pemergiannya ini bukan sahaja satu kehilangan buat keluarganya, malah kehilangan bagi negara sekali.

"Dia seorang pemain yang berdisiplin dan akan melakukan sesuatu perkara itu habis-habisa.

"Saya yang mula perkenalkan sukan hoki ini kepada dia. Mula mewakili negara pada tahun 1998 pada Sukan Komanwel.

"Dalam pada itu juga, dia ada merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan teman wanitanya tahun ini ataupun tahun depan.

"Itulah satu-satu perkara yang tidak sempat dia buat," tambah Aliff.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain