Kedah Sasar Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia - Sukan | mStar

Kedah Sasar Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

ALOR SETAR: Kedah menyasar untuk layak ke separuh akhir Piala Malaysia yang bermula 20 Ogos ini dan menuntut para pemainnya memberi komitmen penuh untuk mencapai hasrat itu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri, Aminuddin Omar yang menetapkan sasaran itu berkata kejayaan ke separuh akhir adalah penting sebagai titik tolak kebangkitan semula skuad Kenari yang pernah merangkul kejuaraan treble pada musim 2006/2007.

Beliau menyifatkan Kedah yang bersaing dalam Kumpulan D dengan diketuai juara Liga Super, Lions XII yang dilatih V. Sundaramoorthy manakala Perak oleh Mohd Azraai Khor dan Sarawak oleh Robert Alberts, sebagai kumpulan yang penuh debaran dan cabaran.

"Sundramoorthy pernah mewakili Kedah pada lewat 1980-an manakala Mohd Azraai dan Robert pula merupakan bekas jurulatih Kedah. Selain telah biasa dengan Stadium Darulaman, mereka juga sangat memahami corak dan rentak pemain Kedah.

"Namun Datuk Ahmad Shafie yang pernah mengemudi kejayaan gemilang Kedah pada 1980-an diberi tanggungjawab penting untuk memulihkan kemerosotan bola sepak Kedah kali ini," katanya kepaDa pemberita di sini, Rabu.

Aminuddin berkata selain menggalas harapan tinggi rakyat Kedah, para pemain juga perlu membuktikan kesungguhan mereka kepada Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang sanggup menerima jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) baru-baru ini.

"Presiden memberi sokongan kuat serta komitmen untuk membangunkan bola sepak negeri dan bagi memulihkan pasukan Kedah yang masih kekal dalam Liga Perdana pada musim 2014 apabila hanya mampu menduduki tempat keempat liga tahun ini.

"Ahmad diberi kebebasan untuk pilih pemain dan menentukan siapa yang akan bermain. Saya mahu setiap pemain yang turun ke padang bermain dengan cemerlang supaya setiap pasukan lawan dapat diatasi," tambahnya.

Beliau berkata Kedah sebenarnya tidak ketinggalan dari segi permainan cuma mutu pemain merosot yang menjadi punca kegagalannya untuk layak ke Liga Super tahun depan. - BERNAMA

Kedah , Piala Malaysia , Aminuddin Omar

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain