Pahang Mahu Jadi Tuan Rumah Terbaik Pesta Bola Merdeka 2013 - Sukan | mStar

Pahang Mahu Jadi Tuan Rumah Terbaik Pesta Bola Merdeka 2013

KUANTAN: Pahang bersedia dan bersemangat menjadi tuan rumah terbaik bagi Pesta Bola Merdeka 2013 yang akan berlangsung di negeri itu pada 5 hingga 15 September depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata pelbagai persiapan perlu dilakukan bagi menghadapi pertandingan yang dihidupkan semula selepas kali terakhir, dianjurkan pada 2008 itu.

"Banyak persiapan perlu dibuat oleh Pahang kerana harapan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu Pahang menjadi tuan rumah terbaik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Agong Tahunan PBNP ke-57 pada Khamis malam.

Beliau berkata sehubungan itu seluruh anggota jawatankuasa PBNP akan digerakkan bagi memastikan persiapan semua aspek dapat disempurnakan terutamanya dari segi penyediaan stadium dan kebajikan pemain.

Selain itu, katanya jabatan dan agensi kerajaan berkaitan juga turut sama membantu dalam membuat persiapan tersebut.

"Saya juga dimaklumkan bahawa FAM sudah membuat persiapan sewajarnya bagi memastikan kemenangan milik Malaysia, namun pokok pangkalnya Pahang yang mewakili negara sebagai tuan rumah kali ini perlu menjadi tuan rumah terbaik," katanya.

Muhammad Safian berkata peruntukan untuk persediaan sepanjang kejohanan itu akan dikeluarkan oleh FAM namun peruntukan daripada pihak Kerajaan Negeri Pahang amat diharapkan bagi merealisasikan hasrat penganjuran terbaik itu.

Pada 2008, iaitu tahun terakhir Pesta Bola Merdeka dianjurkan, skuad Bawah 23 Vietnam muncul juara selepas menewaskan skuad negara yang ketika itu dibimbing B. Sathianathan melalui sepakan penalti 6-5 apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Skuad Harimau Muda A akan membawa cabaran Malaysia dalam saingan Pesta Bola Merdeka 2013.

Terdahulu, Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Muhammad Safian mengekalkan jawatan masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden PBNP apabila anggota jawatankuasa (AJK) sebulat suara bersetuju agar kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan, kali ini.

Sementara itu, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah dipilih sebagai Naib Presiden 1 manakala Datuk Jalaluddin Mohd Deli dipilih sebagai Naib Presiden 2 apabila mengalahkan pencabar masing-masing Datuk Dr Omar Othman dan Tok Muda Talib Sulaiman, yang merupakan penyandang jawatan tersebut.

Lima AJK baharu turut dilantik dan lima AJK lama dikekalkan. AJK lama ialah Rosli Nordin, Abd Razab Wahab, Datuk Abdul Rahman Daud, S.Krishnan dan Roslan Abdullah.

AJK baharu, Datuk Mustafa Mohd Yasin, Wan Solihi Wan Hassan, Raja Mustafa Shah Raja Jalil, Husziabidi Husin dan Adzlan Zakaria.

Muhammad Safian berharap gandingan anggota baharu dan lama dalam jawatankuasa itu dapat membawa PBNP ke arah lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya.-BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain