suria

Nama Gerardo Martino Mula Jadi Sebutan

Martino dilantik pengurus baharu Barcelona dengan kontrak selama dua tahun.
Martino dilantik pengurus baharu Barcelona dengan kontrak selama dua tahun.
Martino dilantik pengurus baharu Barcelona dengan kontrak selama dua tahun.

KELAB Barcelona telah mengikat pengurus baharu, Gerardo Martino dari Argentina dengan kontrak dua tahun bagi menggantikan Tito Vilanova yang menghadapi penyakit kanser.

Bagi sesetengah peminat-peminat bola sepak dunia, nama Martino agak jarang di dengari dan tertanya-tanya siapakan sebenarnya pengurus berusia 50 tahun ini.

Martino merupakan bekas pemain tengah Argentina. Bagaimanapun namanya lebih dikenali di tujuh negara di Amerika Selatan dan paling berjaya ketika mengendalikan kelab di Paraguay.

Secara tidak langsung, Barcelona merupakan kelab ke-10 dalam tempoh 15 tahun.

Martino menjadi pilihan menggantikan Vilanova, ditambah pula dengan sokongan penyerang terbaik dunia, Lionel Messi yang mengalu-alukan kehadirannya di Barca.

"Saya rasa Martino merupakan jurulatih yang hebat," jelas Messi.

Manakala seorang lagi pemain Barca, Carles Puyol berkata:"Dia seorang jurulatih yang baik dan mempunyai gaya permainan Barcelona".

Berdasarkan rekod Martino sebelum ini, dia pernah meraih empat gelaran berbeza bersama empat kelab di Paraguay.

Bekas pengurus Newell's Old Boys dari Rosario ini pernah dipilih sebagai Jurulatih Terbaik Amerika Selatan pada tahun 2007.

Biarpun mendapat reaksi positif daripada penyokong-penyokong Barcelona, kredibiliti Martino juga turut dipersoalkan memandangkan dia tidak pernah melatih pasukan dari luar Amerika Selatan.

Pengalaman Martino berada di liga Sepanyol agak cetek, namun keadaan ini juga pernah berlaku kepada Vilanova yang membuktikan dia telah melakukan tugas yang baik.

Martino lebih mementingkan disiplin permainan yang 'cantik.

"Saya sedar dengan gaya permainan Barcelona. Dan saya adalah peminat Guardiola. Gaya kerja dia yang paling saya suka," jelasnya.

Gerardo Martino, Tito Vilanova

Artikel Lain